Chennai, India: Filem Jailer 2 lakonan ikon filem Tamil, Rajinikanth yang dinanti-nantikan kembali dengan mencipta fenomena apabila melakar kejayaan luar biasa sehari sebelum tayangan rasminya.

Menurut data penjejak kutipan panggung Sacnilk, naskhah arahan Nelson Dilipkumar ini meraih kutipan tiket berjumlah 58.92 crore (kira-kira RM25.3 juta) menerusi tempahan awal untuk tayangan domestik, setakat ini.

Sebahagian besar kutipan datang daripada hari tayangan rasmi iaitu esok (15 Oktober) ketika laporan ini ditulis, lapor Cinema Express.

Sekuel Jailer ini mengembalikan Rajinikanth sebagai Tiger Muthuvel Pandian yang juga pesara pegawai penjara.