KUALA KANGSAR: Gaji permulaan RM2,500 bagi graduan baharu yang diumumkan dalam Belanjawan 2027 untuk penjawat awam, perlu menunggu pekeliling rasmi yang akan memperincikan kaedah pelaksanaannya.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) merangkap Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP), Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus, berkata perkara itu, termasuk tempoh pelaksanaan serta komponen pembayaran berkaitan.

"Kita menyambut baik apa yang telah diumumkan melalui belanjawan, tetapi bagaimana ia dilaksanakan harus menunggu kaedah yang ditetapkan menerusi pekeliling.

"Perkara ini memerlukan tatacara yang lebih terperinci, termasuk bagaimana ia hendak dilaksanakan dan tempoh pelaksanaannya," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Aset Sekolah Angkat MADANI SPA di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Beluru, di sini hari ini.