SHAH ALAM: Sebuah stesen pengesan kualiti udara di Bukit Tinggi, Klang yang menghantar maklumat kepada sebuah syarikat pengumpul data kualiti udara, IQAir melaporkan jerebu di kawasan berkenaan berada pada tahap berbahaya iaitu 336.
Malah, syarikat yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat itu turut memaklumkan, berdasarkan masa nyata sehingga pukul 6.25 petang tadi, kawasan Petaling Jaya antara bandar yang tercemar teruk di Selangor dengan bacaan indeks kualiti udara (AQI) pada tahap 242.
Ia diikuti Klang dengan bacaan AQI sebanyak 214 dan Kuala Selangor 208 yang menunjukkan kualiti udara berada pada tahap sangat tidak sihat.
Turut mencatatkan bacaan pada tahap sama adalah Setia Alam dengan catatan 217 dan Ambang Botanik 2 dengan catatan 253.









