Kuala Lumpur: Pasir Gudang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat iaitu 179 setakat jam 2 petang ini.

Berdasarkan data terkini Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), sebanyak 28 stesen di seluruh negara merekodkan bacaan IPU iaitu Klang dan Johan Setia, Selangor (175); Nilai, Negeri Sembilan (174); Bukit Rambai, Melaka (173) dan Pengerang, Johor (170).

Selain itu, Cheras, Kuala Lumpur (169); Kota Tinggi, Johor (168); Putrajaya, Bandaraya Melaka, Melaka, Larkin, Johor dan Port Dickson, Negeri Sembilan (166); Batu Muda, Kuala Lumpur (165); Shah Alam dan Banting, Selangor (162); Seremban, Negeri Sembilan (161); Alor Gajah, Melaka (158); Petaling Jaya, Selangor dan Indera Mahkota Kuantan, Pahang (156); Kemaman, Terengganu (155); Batu Pahat dan Kluang, Johor serta Paka, Terengganu (153).