syafiq.aznan@bh.com.myKuala Lumpur: Selepas tumbang pada aksi sulung Liga Juara-Juara 2 (ACL2) di tangan Phnom Penh FC di tempat lawan, Kuching City FC perlu memanfaatkan aksi pertama di depan penyokong sendiri apabila menentang Kitchee di Stadium Taha Ariffin, malam esok.

Skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak itu bagaimanapun jelas berada dalam momentum terbaik dan hadir dengan bekalan motivasi yang tinggi selepas berjaya mengesahkan slot ke pusingan separuh akhir Piala FA menerusi kemenangan agregat 4-1 ke atas Kelantan City.

Meskipun berbekalkan momentum positif di saingan domestik, Aidil menegaskan pentas Asia menuntut tahap persembahan jauh lebih kemas dan berdisiplin daripada barisan pemainnya.