KUALA LUMPUR: Kejadian puting beliung atau belalai darat di Damansara, Selangor berpunca daripada kehadiran awan ribut (kumulonimbus) yang aktif pada petang semalam.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata puting beliung adalah turus putaran udara yang kencang, terhasil daripada kehadiran angin ricih dan arus angin menaik semasa proses pembentukan awan ribut.









