JITRA: Nestle Malaysia melabur lebih RM6 juta sejak 2012 bagi membantu pesawah tempatan meningkatkan hasil dan kualiti padi menerusi program Nestle Paddy Club (NPC).
Ketua Pegawai Eksekutif Nestle Malaysia, Juan Aranols, berkata pelaburan itu merangkumi pemberian input pertanian, khidmat teknikal dan perkongsian ilmu berkaitan kaedah penanaman padi kepada pesawah yang menyertai program berkenaan.
Katanya, kira-kira 200 pesawah menyertai NPC dengan keluasan sawah lebih 600 hektar di Kedah dan Perlis.
"Bantuan yang diberikan bukan sekadar kewangan, sebaliknya turut membabitkan kaedah penanaman, amalan pertanian, varieti padi serta pengetahuan daripada pakar pertanian Nestle.









