Rumah yang kemas dan selesa tidak bergantung sepenuhnya pada keluasan ruang, sebaliknya cara penyimpanan yang bijak dan mengikut keperluan seharian.
Namun, mengurus barangan di rumah masih menjadi cabaran bagi sebahagian rakyat Malaysia, sekali gus membuktikan pentingnya penyelesaian yang praktikal dan mampu milik.
Menyedari keperluan itu, IKEA Malaysia memberi tumpuan kepada penyelesaian penyimpanan dan penyusunan kediaman menerusi pelbagai kelengkapan yang boleh disesuaikan mengikut ruang, gaya hidup serta bajet pengguna.
Pendekatan itu selari dengan tema kempen 'A Place for Everything and Everyone', yang mengetengahkan usaha mewujudkan ruang untuk setiap barangan dan penghuni rumah tanpa perlu memiliki kediaman lebih besar.






