KUALA LUMPUR - Kejadian puting beliung atau belalai darat di Damansara, Selangor berpunca daripada kehadiran awan ribut (kumulonimbus) yang aktif pada petang semalam, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip.Beliau berkata, puting beliung adalah turus putaran udara yang kencang, terhasil daripada kehadiran angin ricih dan arus angin menaik semasa proses pembentukan awan ribut.Tambahnya, puting beliung yang berlaku di Malaysia hanya pada skala agak kecil, iaitu bersaiz kurang daripada 10 meter dan berlaku dalam masa yang amat singkat."Ini menyebabkan pembentukannya sukar untuk dikesan oleh radar dan satelit cuaca, namun MetMalaysia telah mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan daerah di Selangor pada 5.30 petang 13 Oktober," katanya kepada Bernama hari ini.Mohd Hisham berkata, kejadian puting beliung di darat atau belalai darat dan di laut (belalai laut) banyak berlaku ketika fasa peralihan monsun iaitu pada Mac hingga Mei serta September hingga Oktober.Tambahnya, fenomena itu berlaku akibat keadaan atmosfera tidak stabil dan lembap serta kehadiran angin yang bertiup lemah dari pelbagai arah.Semalam, pengguna media sosial berkongsi beberapa video memaparkan kejadian puting beliung ketika kenderaan sedang berhenti di sebuah plaza tol dengan tiupan angin kencang menyebabkan sebuah kenderaan kelihatan terangkat. - Bernama
Puting beliung di Damansara berpunca daripada awan ribut aktif – MetMalaysia

Key points
- KUALA LUMPUR - Kejadian puting beliung atau belalai darat di Damansara, Selangor berpunca daripada kehadiran awan ribut (kumulonimbus) yang aktif pada petang semalam, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip.
- Beliau berkata, puting beliung adalah turus putaran udara yang kencang, terhasil daripada kehadiran angin ricih dan arus angin menaik semasa proses pembentukan awan ribut.
- Tambahnya, puting beliung yang berlaku di Malaysia hanya pada skala agak kecil, iaitu bersaiz kurang daripada 10 meter dan berlaku dalam masa yang amat singkat.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Also reported by Free Malaysia Today , Kosmo , Berita Harian
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian Puting beliung di Damansara berpunca daripada awan ribut aktif – MetMalaysia (this story)
- Free Malaysia Today Awan ribut aktif punca puting beliung di Damansara
- Utusan Malaysia Puting beliung Damansara sukar dikesan radar







