Seremban: Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) memaklumkan semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di negeri itu beroperasi seperti biasa pada esok.
Bagaimanapun, JPNS dalam kenyataannya memberitahu, pihak sekolah hendaklah sentiasa memantau kualiti udara, mematuhi garis panduan yang berkuat kuasa serta mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kesihatan dan keselamatan murid serta warga sekolah sentiasa terpelihara.
"Selaras dengan ketetapan Surat Siaran Bilangan 1 Tahun 2019, semua aktiviti luar bilik darjah seperti Pendidikan Jasmani, aktiviti kokurikulum dan sukan, perkhemahan, keraian, perhimpunan serta aktiviti di dewan terbuka hendaklah dihentikan apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.










