Kuala Lumpur: Selangor mahu memperluas akses pembiayaan, rangkaian perniagaan dan pasaran antarabangsa bagi membolehkan lebih ramai usahawan muda tempatan mengembangkan perniagaan ke peringkat ASEAN.
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, integrasi ekonomi serantau perlu diterjemahkan kepada peluang sebenar yang membolehkan perusahaan tempatan berkembang merentasi sempadan negara.
Baginda bertitah, kerjasama serantau semakin penting ketika rantaian bekalan global berubah dan ekonomi utama dunia bersaing untuk menarik pelaburan, teknologi serta bakat.
"Ujian sebenar integrasi ASEAN bukanlah berapa kerap kita bercakap mengenai pasaran tunggal tetapi sama ada pengasas perniagaan di sebuah negara ASEAN benar-benar mampu membina perniagaan untuk 11 negara lain," titah baginda.








