Shah Alam: Semua sekolah di negeri ini akan beroperasi seperti biasa, esok.
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dalam kenyataannya memaklumkan, murid dan pelajar yang hadir ke sekolah digalakkan memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu semasa.
"Ibu bapa atau penjaga yang bimbang dengan tahap kesihatan anak-anak untuk hadir ke sekolah berikutan keadaan jerebu boleh memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah.
"Namun, ibu bapa atau penjaga hendaklah memaklumkan ketidakhadiran anak kepada pihak sekolah," katanya.










