SHAH ALAM : Semua sekolah di negeri ini akan beroperasi seperti biasa, esok.

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Selangor dalam kenyataan memaklumkan, murid yang hadir ke sekolah digalakkan memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu semasa.

"Ibu bapa atau penjaga yang bimbang akan tahap kesihatan anak-anak untuk hadir ke sekolah berikutan keadaan jerebu boleh memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah.

"Ibu bapa atau penjaga hendaklah memaklumkan ketidakhadiran anak kepada pihak sekolah," katanya.