Melaka: Sebanyak 36 kenderaan mewah dianggarkan dengan nilai pasaran antara RM8 juta hingga RM12 juta disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka menerusi Ops Khas Luxury pada September lalu.

Pengarah JPJ Melaka Siti Zarina Mohd Yusop berkata, sebanyak 45 kenderaan diperiksa sepanjang operasi itu bermula 1 hingga 30 September lalu membabitkan 20 kereta, 15 van penumpang, 10 kenderaan pelbagai guna (MPV) dan jip.

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 36 dikenakan tindakan sita dan notis mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata, ia membabitkan 17 kereta, 11 van penumpang serta masing-masing lapan MPV dan jip.