MELAKA: Sebanyak 36 kenderaan mewah dianggarkan nilai pasaran antara RM8 juta hingga RM12 juta disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka menerusi Ops Khas Luxury pada September lalu.

Pengarah JPJ Melaka, Siti Zarina Mohd Yusop, berkata sebanyak 45 kenderaan diperiksa sepanjang operasi itu bermula 1 hingga 30 September, membabitkan 20 kereta, 15 van penumpang, 10 kenderaan pelbagai guna (MPV) dan jip.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 36 dikenakan tindakan sita dan notis mengikut Seksyen 64(1), membabitkan 17 kereta, 11 van penumpang serta masing-masing lapan MPV dan jip.

"Mercedes-Benz dan BMW merekodkan jumlah sitaan tertinggi dengan masing-masing tujuh kenderaan, diikuti Toyota Alphard (enam), Toyota Vellfire (empat) dan Porsche (tiga).