KUALA SELANGOR: "Ibu beritahu dia terlalu merindui Damin dan kerap menangis sejak kebelakangan ini, tak sangka arwah pergi buat selamanya," kata Qawiem Razin Kamsol, 14.
Qawiem Razin adalah anak bongsu kepada Hizanawati Abu Bakar, 52, yang meninggal dunia selepas terjatuh dalam bilik air di rumahnya di Fasa 3, Bandar Puncak Alam, di sini semalam.
Untuk rekod, Allahyarham adalah ibu kepada Muhammad Damin Mikhail, 16, yang terkorban dalam kebakaran tandas awam pada 28 Ogos 2022.
Muhammad Damin Mikhail sebelum itu dikatakan sedang tidur di depan pintu tandas berkenaan sebelum rakannya menyalakan api di bawah sofa dengan niat untuk bergurau.








