Kuala Selangor: "Ibu beritahu dia terlalu merindui Damin dan kerap menangis sejak kebelakangan ini," kata Qawiem Razin Kamsol.

Qawiem Razin, 14, adalah anak bongsu kepada Hizanawati Abu Bakar, 52, yang meninggal dunia selepas terjatuh dalam bilik air di rumahnya di Fasa 3, Bandar Puncak Alam, di sini, semalam.

Allahyarham Hizanawati adalah ibu kepada Muhammad Damin Mikhail yang maut dalam kebakaran tandas awam pada 28 Ogos 2022.

Qawiem Razin berkata, kejadian itu berlaku pada 8 malam ketika dia pulang dari sekolah dan mahu membersihkan diri.