Kuala Lumpur: Kerajaan mewujudkan sistem penyasaran subsidi dan menyediakan akses kepada barangan keperluan pada harga berpatutan melalui program Jualan Rahmah bagi menyerap risiko luaran, kata Penasihat Ekonomi Pejabat Perdana Menteri Nurhisham Hussein.
Menurut Nurhisham, langkah ini sekali gus memastikan rakyat tidak terjejas secara langsung berikutan impak risiko berkenaan.
Beliau memberitahu, dari segi bekalan bahan api, negara memiliki Petroliam Nasional Bhd (Petronas) selain loji penapisan serta sumber minyak dan gas sendiri.
"Kita ada hasil minyak dan gas sendiri, kita boleh ada hubungan baik dengan negara lain selain apa yang kita perlukan, kita boleh beli," katanya ketika menjadi tetamu dalam program BizMalaysia terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertemakan "Belanjawan 2027: Daripada Pertumbuhan kepada Kesejahteraan".









