KUALA LUMPUR: Kerajaan mengekalkan subsidi bahan api bagi semua kumpulan masyarakat untuk melindungi rakyat, termasuk golongan berpendapatan sederhana, daripada kejutan harga minyak global yang boleh meningkatkan kos sara hidup.
Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong, berkata langkah itu turut bertujuan mengimbangi usaha mengawal inflasi dan menangani cabaran ekonomi susulan ketidaktentuan pasaran minyak global.
"Sewaktu kita melaksanakan subsidi petrol Budi MADANI RON95 (BUDI95) pada September 2025, harga minyak adalah pada paras agak rendah dan ramai pihak meminta kerajaan membiarkan harga petrol ditentukan oleh pasaran serta memberi bantuan tunai," katanya.
"Bayangkan jika kerajaan menerima nasihat untuk mengapungkan harga petrol mengikut kadar pasaran pada masa itu. Ini bermakna banyak rakyat Malaysia yang tidak dapat dilindungi, terutama ketika tempoh Mac dan April, malah sekarang," katanya kepada pemberita selepas pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fafsdasdadasd_800299.png&w=480&output=webp&q=85&we)