ISTANBUL: Pakatan diketuai Arab Saudi di Yaman berjaya memintas dan memusnahkan satu peluru berpandu balistik yang dilancarkan kumpulan Houthi ke arah ibu negara Arab Saudi, Riyadh, sejurus selepas amaran keselamatan diaktifkan di bandar itu dan wilayah Al-Kharj yang berhampiran pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi.
Dalam kenyataan menerusi platform X, jurucakap pakatan itu Mejar Jeneral Turki al-Maliki, berkata peluru berpandu berkenaan dilancarkan oleh kumpulan Houthi ke arah Riyadh.
Terdahulu, Pertahanan Awam Arab Saudi memaklumkan bahawa amaran telah dikeluarkan di Riyadh dan wilayah Al-Kharj, di tenggara ibu negara itu bagi memberi peringatan kepada penduduk mengenai kemungkinan bahaya.
Dalam pemberitahuan susulan, agensi itu mengumumkan bahawa ancaman di kedua-dua lokasi berkenaan telah berakhir.









