TANJUNG MALIM – Isu pelajar instisusi pengajian tinggi awam (IPTA), politeknik dan Institut Pendidikan Guru (IPG) terpaksa ‘ikat perut’ kerana kekangan kewangan akan dinoktahkan menerusi peruntukan RM20 juta bagi Program Dapur Siswa Madani yang diumumkan dalam Belanjawan 2027.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, kerajaan bersetuju meningkatkan peruntukan bagi inisiatif itu susulan maklum balas Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kepada Kementerian Kewangan mengenai keperluan makanan dalam kalangan pelajar yang kurang berkemampuan.
“Pelaksanaan Dapur Siswa Madani disesuaikan mengikut keperluan dan kreativiti setiap institusi termasuk menyediakan ruang untuk pelajar memasak sendiri atau menyediakan makanan secara berkumpulan untuk diagihkan kepada pelajar yang memerlukan.









