Kuala Lumpur: Berbekalkan hubungan kekeluargaan, pasukan MI Junior yang mewakili Sekolah Menangah Kebangsaan (SMK) Mutiara Impian bakal tampil dengan keunikan tersendiri apabila beraksi pada Liga Takraw Nasional Mekdi 2026 Zon Utara, Jumaat dan Sabtu ini.
Pasukan itu membariskan Marzuki Shafie selaku pengurus, manakala anaknya, Alif Adli Marzuki, diberi tanggungjawab sebagai jurulatih dan seorang lagi anaknya, Alif Akmal Marzuki, menggalas tugas sebagai tekong.
Menariknya, penyertaan MI Junior bukanlah berteraskan nama besar sekolah semata-mata, sebaliknya lebih kepada usaha memberikan pendedahan dan pengalaman pertandingan kepada pemain muda yang mahu mengembangkan bakat dalam sukan sepak takraw.









