KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Aaron Tai-Yap Roy King menegaskan mereka tidak gentar untuk berdepan pasangan nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, apabila kedua-dua gandingan itu bertembung pada pusingan kedua Terbuka Denmark, esok.
Aaron berkata, mereka hanya perlu memberikan aksi terbaik tanpa perlu berasa takut berdepan rakan senegara yang lebih berpengalaman itu.
"Tiada apa yang perlu ditakutkan, kami hanya perlu bermain sebaik mungkin," katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Aaron-Roy King mara ke kelompok 16 terbaik selepas menyingkirkan pasangan Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Lee Jongmin, 13-21, 21-18, 21-19 dalam aksi pusingan pertama yang berlangsung selama 57 minit di Arena SJF Bank.








