KOTA BHARU – Lebih 1,000 kes membabitkan golongan ibu tunggal, balu dan warga emas di negeri ini dipercayai diperalat warga asing untuk mendaftarkan kenderaan atas nama mereka sejak 2025.Pengarah Kanan Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, golongan berkenaan dijanjikan perkahwinan atau tawaran peluang perniagaan oleh warga asing berkenaan."Ini taktik yang boleh saya sahkan sudah dikesan iaitu warga asing menggunakan wanita warga emas, ibu tunggal, balu dan golongan lebih berusia dengan menjanjikan untuk berkahwin atau menawarkan peluang perniagaan."Mereka menetapkan syarat kenderaan seperti kereta atau motosikal perlu didaftarkan atas nama individu terbabit sebelum digunakan di jalan raya," katanya dalam satu podcast.Muhammad Kifli berkata, perkara itu perlu diberi perhatian kerana wanita terbabit berdepan risiko sekiranya kenderaan yang didaftarkan atas nama mereka digunakan warga asing untuk melakukan kesalahan.Menurutnya, keadaan itu turut mendedahkan pemilik berdaftar kepada kemungkinan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya kenderaan berkenaan terbabit dalam kemalangan atau digunakan bagi kegiatan jenayah.Beliau berkata, jumlah kes yang direkodkan di Kelantan itu sekali gus lebih tinggi berbanding negeri lain.Katanya, wanita di negeri ini khususnya mereka yang berusia antara 60 hingga 70 tahun perlu lebih berhati-hati apabila didekati warga asing berusia 30-an yang menawarkan janji perkahwinan."Jangan biarkan diri dimanipulasi dengan janji manis."Jika kenderaan kemudiannya digunakan untuk kegiatan jenayah, nama anda boleh terpalit dan perkara ini boleh membawa kemudaratan kepada diri sendiri," katanya.Dalam pada itu, Muhammad Kifli berkata, JPJ turut mengesan warga asing termasuk pelarian Rohingya menggunakan nama rakyat tempatan untuk membeli dan mendaftarkan motosikal serta kenderaan lain.Beliau berkata, JPJ bersedia memohon tindakan mahkamah lebih tegas terhadap warga asing yang berulang kali melakukan kesalahan sedemikian, termasuk hukuman penjara.
Lebih 1,000 wanita Kelantan diperalat daftar kenderaan warga asing - JPJ

Key takeaways
Over 1,000 women in Kelantan, including single mothers, widows, and elderly women, were allegedly tricked by foreigners to register vehicles in their names since 2025.
- More than 1,000 cases involve single mothers, widows, and elderly women in Kelantan.
- Foreigners promised marriage or business opportunities to the women in exchange for registering vehicles in their names.
- The women face risks if the registered vehicles are used by foreigners for crimes or accidents.
- JPJ has recorded more cases in Kelantan than in other states.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- By
- ADILA SHARINNI WAHID
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
4 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Sinar Harian Lebih 1,000 wanita Kelantan diperalat daftar kenderaan warga asing - JPJ (this story)
- Berita Harian Lebih sejam pujuk wanita di tingkat tiga
- Harian Metro Lebih sejam operasi pujuk wanita di tingkat tiga







