Kuala Lumpur: Anggota kumpulan Kool, Hairee, 57, merancang bakal menamatkan zaman duda dengan wanita pilihannya dan difahamkan salah seorang peminat yang sudah saling mengenali sejak lama dulu.
Terdahulu, Hairee atau nama sebenar, Mohd Khairi Yaakob pernah gagal dalam tiga perkahwihan dan dikurniakan lima cahaya mata serta kini memiliki tiga orang cucu.
"Sekarang status saya bapa tunggal, tetapi ada perancangan untuk berkahwin dengan calon pilihan dan kami pun sudah kenal lama. Dia (bakal isteri) adalah peminat kumpulan Kool.
"Kami sudah kenal sejak 1995, ketika saya dan Kool tengah aktif dan ada syarikat, Kool Entertainment di Pandan Indah, Ampang. Jadi, dia adalah salah seorang daripada peminat Kool yang uruskan fan club' kita juga.










