Tular di media sosial kejadian puting beliung menyebabkan sebuah kereta kelihatan terangkat ketika kenderaan sedang berhenti di sebuah plaza tol.KUALA LUMPUR: Kejadian puting beliung atau belalai darat di Damansara, Selangor berpunca daripada kehadiran awan ribut (kumulonimbus) yang aktif pada petang semalam, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Hisham Anip.

Beliau berkata, puting beliung ialah turus putaran udara yang kencang, terhasil daripada kehadiran angin ricih dan arus angin menaik semasa proses pembentukan awan ribut.

Menurutnya, puting beliung yang berlaku di Malaysia hanya pada skala agak kecil, iaitu bersaiz kurang daripada 10m dan berlaku dalam masa yang amat singkat.