Anwar Ibrahim dan Loke Siew Fook menyantuni sebahagian pemandu teksi dan bas sekolah yang menerima bantuan khas kewangan RM1,000 hari ini.PUTRAJAYA: Pemberian bantuan khas kewangan RM1,000 kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah pada masa depan bergantung kepada hasil tambahan diperoleh kerajaan, kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.

Beliau berkata bantuan diumumkan dalam Belanjawan 2027 itu bersifat sekali bayar dan tidak semestinya diteruskan setiap tahun.

"Bantuan kepada pemandu-pemandu ini memang tidak pernah diberikan setiap tahun.

"Disebabkan ada hasil tambahan dan menteri kewangan meluluskannya, maka bantuan ini diberikan,” katanya selepas majlis penyerahan bantuan itu oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.