PUTRAJAYA – Bantuan khas kewangan secara sekali bayar sebanyak RM1,000 kepada 38,000 pemandu teksi termasuk kereta sewa akan mula diagihkan secara berfasa bermula pada Rabu ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini, beliau berkata, pengagihan bantuan itu akan dimulakan dengan kumpulan pertama yang diundang ke Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk menerima baucar sebelum disusuli kumpulan lain secara berperingkat.

“Jadi, susulan daripada perkara yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (menerusi Belanjawan 2027), maka bermula seawal Rabu ini, kita akan mengagihkan bantuan ini secara berfasa.

“Kita komited untuk memberikan bantuan dalam tempoh terdekat supaya pemandu beragama Hindu dapat bantuan ini sebelum Deepavali.