Ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat Jumaat lalu Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan untuk 38,000 pemandu teksi dan kereta sewa serta 15,000 pemandu bas sekolah di seluruh negara.PUTRAJAYA: Pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah akan menerima bantuan khas RM1,000 secara sekali bayar mulai Rabu ini, kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.
Beliau berkata, bantuan akan disalurkan secara berperingkat, bermula dengan kumpulan pertama yang dijemput ke Kementerian Pengangkutan pada Rabu untuk menerima baucar.
Katanya, kerajaan mahu memastikan bantuan itu diterima pemandu beragama Hindu sebelum sambutan Deepavali.
“Bantuan ini dapat diberikan sebelum Belanjawan 2027 diluluskan kerana hasilnya sudah masuk untuk tahun ini,” katanya pada sidang media di kementerian.







