PUTRAJAYA: Pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah bakal menerima bantuan kewangan secara 'one-off' sebanyak RM1,000 bermula Rabu ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata bayaran bantuan berkenaan akan disalurkan oleh kerajaan secara berperingkat.

"Inisiatif ini bakal memanfaatkan kira-kira 38,000 pemandu teksi dan kereta sewa serta 15,000 pemandu bas sekolah.

"Pembayaran dapat dibuat lebih awal sebelum Belanjawan 2027 diluluskan kerana sumber kewangannya berpunca daripada hasil jualan nombor pendaftaran kenderaan khas siri 'H' yang menjana RM91 juta," katanya pada sidang media di sini, hari ini.