Semalam, saksi beritahu Mahkamah Koroner, ibu Zara Qairina Mahathir enggan bedah siasat dilakukan terhadap anaknya walaupun telah dimaklumkan, diberi penjelasan 2 kali. (Gambar Facebook)KOTA KINABALU: Pegawai penyiasat kes Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner hari ini bahawa siasatannya tidak menemukan sebarang unsur mencurigakan berhubung insiden yang membawa kepada kematian pelajar itu.
Saksi ke-83 prosiding inkues kematian Zara Qairina, Wong Yew Zhung berkata, kesimpulan itu dibuat berdasarkan hasil siasatan di tempat kejadian, semakan terhadap diari pelajar tersebut dan hasil pemeriksaan perubatan.
Beliau berkata, penemuan akhir juga menunjukkan tiada kecederaan lain ditemukan pada pelajar itu selain kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F234342523232_385373.png&w=480&output=webp&q=85&we)
