Hajiji Noor berkata, aspirasi kerajaan negeri bukan sekadar tarik perniagaan melabur di Sabah, sebaliknya mahu bantu syarikat tempatan berkembang menjadi peneraju pada peringkat nasional, serantau dan global.KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan pertumbuhan ekonomi 5.1% tahun lepas, iaitu prestasi terbaik dalam tempoh enam tahun dengan keluaran dalam negeri kasar (KDNK) mencecah RM88.8 bilion, kata Ketua Menteri Hajiji Noor.
Pertumbuhan yang kukuh itu disokong oleh perkembangan pesat sektor pembinaan yang meningkat 28.3%, diikuti sektor pembuatan sebanyak 5.0% dan sektor perkhidmatan sebanyak 4.5%.
“Sabah berjaya merekodkan pertumbuhan yang kukuh dan tugas kita sekarang adalah untuk menterjemahkan momentum ini kepada perniagaan tempatan yang lebih berdaya saing, industri bernilai tinggi, peluang pekerjaan yang lebih baik dan lebih banyak peluang kepada masyarakat di seluruh negeri," katanya.






