Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin, berkata platform meraih jualan lebih kadar tertentu patut diwajib daftar syarikat dalam negara, buka pejabat, dan lantik wakil khidmat pelanggan tempatan. KUALA LUMPUR: Kerajaan patut wajibkan platform e-dagang luar seperti Temu dan Pinduoduo membuka pejabat di negara ini demi melindungi perniagaan tempatan, kata seorang Ahli Parlimen pembangkang.
Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah), berkata platform meraih jualan melebihi kadar tertentu perlu diwajibkan mendaftarkan syarikat di Malaysia, membuka pejabat, dan melantik wakil khidmat pelanggan tempatan.
Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) itu, berkata platform dari China yang menjual barangan secara terus dari kilang mempunyai kelebihan tidak adil, berbanding peruncit tempatan yang perlu membayar sewa, gaji, dan cukai.







