Pada 3 Ogos 2023, Sanusi Nor memfailkan saman terhadap Saifuddin Nasution berhubung kes fitnah berkaitan unsur nadir bumi dan penyelewengan dana di bawah Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia.PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menangguhkan keputusan rayuan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan beliau membayar ganti rugi RM600,000 kepada Menteri Besar Kedah Sanusi Nor berhubung kes fitnah berkaitan unsur nadir bumi (REE) dan penyelewengan dana di bawah Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris).

Panel tiga hakim dipengerusikan oleh Hakim Azhahari Kamal Ramli membuat keputusan itu selepas mendengar hujah peguam Razlan Hadri Zulkifli, yang mewakili Saifuddin Nasution, dan Yusfarizal Yussoff bagi pihak Muhammad Sanusi.