PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan kerajaan membayar ganti rugi RM1.1 juta kepada ibu model Belanda, Ivana Smit, berhubung dakwaan kecuaian dalam siasatan kematian anak perempuannya itu.
Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim diketuai Datuk Mohamed Zaini Mazlan, bersama Datuk Ong Chee Kwan dan K Muniandy, yang membenarkan rayuan kerajaan.
Muniandy yang membacakan keputusan itu berkata, panel berkenaan mengetepikan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29 Julai 2025, termasuk semua perintah ganti rugi, faedah dan perintah mandatori.
Ivana, 18, ditemukan meninggal dunia di tingkat enam selepas terjatuh dari tingkat 20 sebuah kondominium milik pasangan warga Amerika Syarikat (AS), Alex Johnson dan Luna Almazkyzy, lapan tahun lalu.








