PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan kerajaan membayar ganti rugi RM1.1 juta kepada ibu model Belanda, Ivana Smit, berhubung dakwaan kecuaian dalam siasatan kematian anak perempuannya itu.Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Mohamed Zaini Mazlan, bersama Datuk Ong Chee Kwan dan K Muniandy.Hakim Muniandy ketika membacakan keputusan itu berkata, panel berkenaan mengetepikan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29 Julai 2025, termasuk semua perintah ganti rugi, faedah dan perintah mandatori.Pada 29 Julai 2025, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan tuntutan Christina Carolina Gerarda Johanna Verstappen dan memerintahkan kesemua defendan membayar RM500,000 sebagai ganti rugi am, RM300,000 sebagai ganti rugi teruk, RM300,000 sebagai ganti rugi teladan serta RM100,000 sebagai kos.Mahkamah Tinggi turut mengarahkan Ketua Polis Negara (IGP) untuk menyingkirkan ASP Faizal Abdullah daripada pasukan petugas semasa dan memerintahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memulakan semula siasatan terhadap kematian Ivana Smit, seperti yang diputuskan Mahkamah Tinggi sebelum ini pada 2019, sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Koroner.ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Ivana Smit beri notis 48 jam tuntut kerajaan bayar ganti rugi RM1.1 jutaKerajaan diarah bayar RM1.1 juta kepada ibu model Belanda, Ivana SmitPDRM juga diarah memberikan taklimat kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) setiap tiga bulan mengenai kemajuan siasatan. AGC pula diarahkan untuk menilai sama ada bukti yang mencukupi telah dikemukakan dan menentukan sebarang tindakan susulan yang perlu diambil.Verstappen memfailkan tindakan undang-undang terhadap Ketua Polis Negara (KPN), pegawai penyiasat Dang Wangi, Asisten Superintenden Faizal Abdullah, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia atas dakwaan kecuaian serta pelanggaran kewajipan statutori dalam siasatan kematian anak perempuannya.Ketika menyampaikan alasan penghakiman secara umum, Muniandy berkata mahkamah mendapati hakim perbicaraan terkhilaf dalam menilai bukti apabila menganggap dapatan dan nota keterangan daripada prosiding inkues serta semakan jenayah terdahulu sebagai bukti substantif yang konklusif dalam perbicaraan sivil secara de novo.Beliau berkata, inkues di bawah Bab 32 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) merupakan proses inkuisitorial bagi menentukan identiti si mati dan punca kematian."Perintah Mahkamah Tinggi Jenayah tahun 2019 yang menggantikan dapatan asal kepada 'kematian akibat perbuatan individu atau individu-individu yang tidak dikenali' merupakan satu penentuan penting dari segi perundangan yang menghendaki kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Ia bukanlah satu penghakiman antara pihak yang menetapkan wujudnya kesalahan tort yang boleh diambil tindakan undang-undang atau liabiliti sivil terhadap pegawai penyiasat," katanya.AKAN MENYUSUL
Mahkamah Rayuan ketepi ganti rugi RM1.1 juta kepada ibu Ivana Smit

Key takeaways
Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan tuntutan ganti rugi RM1.1 juta kepada ibu Ivana Smit.
- Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi yang menyuruh kerajaan bayar ganti rugi RM1.1 juta.
- Keputusan panel tiga hakim menyebut semua perintah ganti rugi dan faedah ditolak.
- Mahkamah Tinggi sebelumnya membenarkan tuntutan Christina dan memerintahkan siasatan semula terhadap kematian Ivana Smit.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro , Free Malaysia Today , Berita Harian
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Mahkamah Rayuan ketepi ganti rugi RM1.1 juta kes Ivana Smit
- Malaysiakini (BM) Mahkamah Rayuan batal ganti rugi RM1.1 juta kes kematian model Belanda
- Sinar Harian Mahkamah Rayuan ketepi ganti rugi RM1.1 juta kepada ibu Ivana Smit (this story)









