PUTRAJAYA: Kerajaan, Ketua Polis Negara dan dua pihak lain berjaya mengetepikan perintah mahkamah sebelum ini yang mengarahkan mereka membayar ganti rugi RM1.1 juta kepada keluarga model Belanda, Ivana Esther Robert Smit yang ditemukan maut di tingkat enam sebuah kondominium, sembilan tahun lalu.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Mohamed Zaini Mazlan yang bersidang bersama-sama Datuk Ong Chee Kwan dan Hakim K. Muniandy sebulat suara memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan perayu.

Pada 29 Julai lalu, Hakim Roz Mawar Rozain memerintahkan kerajaan membayar ganti rugi itu selepas membenarkan saman yang dikemukakan Christina Carolina Gerarda Johanna Verstappen, berikutan mahkamah mendapati terdapat kecuaian polis dalam mengendalikan siasatan kematian anak perempuannya pada 2017.