PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa, susulan insiden tiga remaja lelaki yang cedera akibat terkena renjatan elektrik di Mergong, Kedah.

TNB memaklumkan, pihaknya bersimpati dengan insiden elektrik yang berlaku ketika berlangsungnya perarakan keagamaan di Alor Setar dan mendoakan agar semua mangsa yang sedang menerima rawatan diberikan kesembuhan segera.

Menurut syarikat itu, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku apabila tiang bendera yang dibawa semasa perarakan menghampiri talian penghantaran elektrik voltan tinggi sehingga menyebabkan berlakunya percikan arka elektrik.

“TNB akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan lanjut.