PETALING JAYA: Penyanyi, Ara Johari memaklumkan pita suaranya mengalami kerosakan selepas beberapa kali dijangkiti virus Covid-19 dan Influenza.
Menurut Ara, perkara itu juga menjadi faktor utama kemampuan vokalnya tidak lagi seperti dahulu, selain lebih selesa untuk menyanyikan lagu yang bernada tinggi.
“Apabila usia semakin meningkat, kemampuan vokal kita juga tidak semestinya sama seperti ketika remaja. Tambahan pula, saya pernah dijangkiti Covid-19 sebanyak lima kali dan influenza sebanyak dua kali.
“Selepas dijangkiti influenza, kemampuan vokal saya benar-benar terjejas sehingga terpaksa menurunkan nada nyanyian sebanyak satu ‘key’ berbanding dahulu.









