JAKARTA: Kekurangan bahan api melanda beberapa kawasan di Bali, menyebabkan barisan panjang di segelintir stesen minyak yang masih beroperasi di pulau peranginan Indonesia itu.
Wartawan RIA Novosti pada Selasa melaporkan gangguan bekalan berkenaan paling ketara di kawasan tumpuan pelancong, termasuk Uluwatu dan Ubud.
Komuniti berbahasa Rusia di pulau itu melaporkan kekurangan petrol di stesen minyak utama serta dalam kalangan penjual persendirian, selain penutupan premis jualan bahan api berskala kecil.
“Saya menunggu dalam barisan yang sangat panjang, tetapi akhirnya diberitahu bahawa lebih baik saya pergi ke stesen lain. Di sana, selepas menunggu dalam barisan yang sama panjang, saya pula diminta pergi jauh ke utara pulau ini,” kata warga Rusia, Sergey, kepada RIA Novosti.








