PUTRAJAYA: Bekas Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Seri Nazir Hussin Akhtar Hussin hadir semula ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi menerima notis pengisytiharan harta mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009.

Beliau tiba di SPRM kira-kira pukul 10.50 pagi diiringi dua orang peguamnya.

Nazir Hussin mendakwa, pihak SPRM mengambil tindakan itu susulan kenyataan dibuatnya menerusi sidang akhbar dan program ‘podcast’ membabitkan isunya ditahan SPRM baru-baru ini.

“Sekarang ini, bila saya keluar, saya buat podcast, saya cerita kepada orang awam apa sebenarnya berlaku, saya bersihkan, saya jelaskan semuanya. Dia (SPRM) marah, bila dia marah, dia serve (serah) notis Seksyen 36,” katanya ketika ditemui di perkarangan ibu pejabat SPRM, di sini hari ini.