KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 sebagai langkah penting kerajaan dalam menunaikan janji reformasi institusi kepada rakyat, termasuk mengehadkan kuasa yang selama ini berada di bawah kerajaan dan Ketua Majlis.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu merupakan antara tonggak penting agenda reformasi negara yang mencerminkan kesediaan kerajaan membawa perubahan bagi memperkukuh kebebasan institusi Parlimen dan mematangkan sistem Demokrasi Berparlimen.
“Saya anggap perubahan ini dan Akta Perkhidmatan Parlimen ini penting kerana ia, saya tegaskan memaknai erti Demokrasi Berparlimen dan kematangan sistem demokrasi.
“Jadi inilah salah satu langkah penting yang saya anggap sebagai tonggak dalam reformasi negara MADANI ini iaitu melaksanakan, menunaikan janji kita kepada rakyat bahawa Akta Perkhidmatan Parlimen diperkenal, diluluskan dan membatasi kuasa yang








