KUALA LUMPUR: Kira-kira 9,600 akaun keldai telah dikenakan tindakan setakat Disember tahun lalu, susulan usaha membanteras penipuan kewangan menerusi Portal Fraud Kebangsaan (NFP).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengesanan akaun keldai oleh institusi kewangan meningkat sebanyak 149 peratus sejak portal berkenaan diperkenalkan pada April 2024.
Katanya, Bank Negara Malaysia (BNM) sedang memperkukuh kerjasama dengan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerusi NFP bagi mempercepatkan proses pengesanan dana yang dicuri, akaun keldai, serta perkongsian maklumat bersama agensi penguatkuasaan.
“Penambahbaikan sedang dilaksanakan bagi memperkasakan keupayaan pengesanan dan pencegahan penipuan, selari dengan taktik sindiket jenayah kewangan yang sentiasa berubah,” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen.









