Miri: Seorang pelajar sekolah menengah maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika melintas berhampiran sekolahnya di Kilometer 55, Lebuhraya Pan Borneo, semalam.

Dalam kejadian jam 1.10 tengah hari itu, mangsa dipercayai pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Luar Bandar Bekenu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang dari sekolah.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kemalangan membabitkan sebuah kereta dipandu wanita tempatan berusia 46 tahun.