PETALING JAYA: Pengacara, Hawa Rizwana Redzwan menerima kecaman teruk dalam kalangan netizen selepas didakwa ‘pilih bulu’ ketika beramah mesra dengan barisan artis jemputan program yang dikendalikannya, MeleTop.

Menerusi video yang tular tersebut memperlihatkan pengacara itu seolah tidak mengendahkan kehadiran penyanyi, Engku Ratu sebelum menyapa Oddah.

Bagaimanapun, pihak pengurusan artis, Rocketfuel Entertainment tampil meleraikan salah faham yang berlaku dengan memuat naik video penuh momen tersebut dan mempertahankan pengacara tersebut

“Pihak kami ambil maklum dengan komen yang diberikan terhadap video ini dan video semalam telah disunting tanpa memberikan gambaran yang sepenuhnya dan ini merupakan video penuh di MeleTop, malam tadi (Selasa),” katanya.