KUALA LUMPUR: Usaha melindungi kanak-kanak daripada penderaan, buli dan eksploitasi perlu diberi perhatian dan pencegahan yang lebih awal dan bukan selepas berlakunya tragedi.
Presiden Persatuan Perlindungan Kanak-Kanak Malaysia (CPSM), Datuk Seri Nazir Ariff berkata, masyarakat perlu mengubah pendekatan terhadap isu perlindungan kanak-kanak supaya tindakan tidak hanya diambil apabila sesuatu kes penderaan atau pembunuhan mendapat perhatian umum.
Menurutnya, isu berkenaan sering menjadi perbincangan hangat apabila berlaku kejadian serius, namun perhatian masyarakat semakin berkurangan selepas beberapa ketika.
“Jika berlaku kes penderaan atau pembunuhan, semua orang bercakap mengenai cara menyelesaikan masalah itu.










