KUALA LUMPUR: Lebih 15,000 anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disasarkan mendapat manfaat menerusi MyBakat Veteran menjelang 2030 bagi memperkukuh peluang kerjaya kedua buat pesara tentera.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan berkata, sasaran itu digerakkan menerusi pemeteraian Nota Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pertahanan bagi memperluas peluang kerjaya kedua anggota serta veteran ATM.

Menurutnya, inisiatif yang diselaraskan Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) itu bertujuan menghubungkan kepakaran ketenteraan dengan keperluan industri serta peluang pekerjaan awam.

“Anggota dan veteran ATM yang memiliki pelbagai kemahiran serta pengalaman berharga yang perlu dikenal pasti, diiktiraf dan diperkukuh berdasarkan keperluan sebenar pasaran pekerjaan.