PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan komuniti teksi amat dekat dengan diri serta keluarganya terutama ketika era ‘Reformasi’ suatu ketika dahulu.
Lebih bermakna perkara itu dikongsi Perdana Menteri ketika berucap di hadapan lebih 500 pemandu teksi pada Majlis Pelancaran Pemberian Bantuan Khas Kewangan kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas bagi zon tengah di sini hari ini.
Anwar berkata, beliau tidak pernah melupakan jasa pemandu teksi yang disifatkannya antara penyokong paling tegar ketika beliau melalui detik sukar pada tahun 1998.
Menurutnya, sokongan golongan itu ketika berdepan tekanan dan ditahan ketika era Reformasi menjadi antara sebab ke










