KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 adalah bukti bahawa kerajaan menunaikan janji reformasi untuk mematangkan sistem politik dan demokrasi.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata reformasi itu menunjukkan satu sikap dan tekad politik yang berani serta tegas demi membawa perubahan walaupun terpaksa menyerahkan sebahagian daripada kuasa yang lazim ditentukan oleh pihak kerajaan dan ketua majlis.
"Sebab itu saya menganggap perubahan dan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 ini penting kerana ia memaknai erti demokrasi berparlimen dan kematangan sistem demokrasi.
"Selain mengangkat keupayaan kakitangan dan tahap professionalism-nya, kita juga mengharapkan peningkatan mutu perbahasan dan juga adab dalam perbahasan sesuai dengan bidang kuasa baharu," katanya ketika berucap pada Majlis Peralihan Pentadbiran dan Reformasi Institusi Parlimen Malaysia, di sini, hari ini.








