KUALA LUMPUR: Pengiktirafan antarabangsa terhadap Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) mesti diterjemahkan kepada keyakinan komersial yang lebih tinggi, peluang pelaburan lebih kukuh dan manfaat ekonomi bermakna untuk negara.
Gesaan itu dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said memandangkan perniagaan dan pelabur memerlukan kepastian undang-undang, kewibawaan institusi dan keyakinan bahawa pertikaian dapat diselesaikan secara adil dan cekap.
Katanya, penyelesaian pertikaian alternatif (ADR) menjadi tonggak penting perdagangan antarabangsa dan Malaysia mesti terus memperkukuh kedudukannya sebagai hab global ADR yang dipercayai.










